Rabu, 2 September 2015
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
Pengenalan
Pendidikan
Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan
sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu
subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu,
berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang
bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role
model) kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi),
seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai
kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral.
Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan
tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’
bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada pengertian di atas, jelas
menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan yang
dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks
institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau
masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa,
khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke
arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru
Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah
mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan
masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar
harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari
bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan moral kognitif
terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup
golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan
ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di mana Guru
Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu,
malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah
profesionalisme.
FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA (FPK)
FPK
antara lain menyatakan, “ Pendidikan di
Malaysia ialah suatu usaha berterusan kearah mengembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan”. Maka adalah penting bagi guru untuk meneliti dan mentafsir
kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang
terkandung didalamnya.
Guru
bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi
bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi
bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup
yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.‟ Sebenarnya,teras utama dalam aspek
pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi,
dalam apa jua mata pelajaran yang diajar olehseseorang guru, penerapan nilai
murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.
Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan
yang penting sebagai penggilap potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi
kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi tetap jua mempunyai kelemahan
tersendiri. Bagi seorang guru,bukan kelemahan seseorang murid itu dicari,
tetapi keistimewaan itu yang dicari dan digilap agar menjadi manusia yang
berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk masyarakat dan negara.
Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan
murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.
Guru
juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang
perlu dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar,
selepas itu mereka akan belajar apa yang telah diajarkan kepada mereka. Guru sebagai
seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling
untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.Guru juga
adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak
muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK.
Guru
juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi
ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya
berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah
sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya.Apabila seorang
guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara
tidak langsung dapat memperkasakan lagi daya pemikiran anak muridnya
supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan
murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta
berkebolehan.
Seterusnya guru juga
berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud pendidik kemahiran
asas disini tentulah guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar
kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan
bertutur merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia
memandangkan kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu yang
diperolehinya kepada orang lain.
Seorang guru juga harus
bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen sosialisasi disini bermaksud memberi
peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmupengetahuan dan kemahiran
yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri danmasyarakat. Peranan sebagai
agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan danperkembangan tingkahlaku
murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Tugas guru
juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap,nilai dan sahsiah yang
sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
PERANAN
GURU DALAM RUKUN NEGERA
Dalam usaha merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara, guru pendidikan moral sememangnya memainkan peranan yang
penting kerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan
murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabungjalin
nilai-nilai murni ke dalam matapelajaran
teras.
Prinsip
pertama dalam Rukun Negara adalah kepercayaan
kepada tuhan. Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang
harus ditekankan oleh guru pendidikan moral kepada murid-muridnya. Masyarakat
amat mengharapkan pihak sekolah dan guru-guru dapat meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada tuhan dan
agama. Dalam era zaman sekarang,terdapat
ibu bapa terlalu sebok mementingkan kebendaan, keseronokan dan hiburan.
Pengisian rohani tidak diambil peduli, justeru itu guru pendidikan moral perlu
berusaha untuk mendidik masyarakat percaya kepada tuhan untuk melahirkan
generasi yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan intelek. Kekuatan jiwa
murid-murid dapat ditingkatkan dengan menanamkan keyakinan terhadap kepercayaan
kepada tuhan.
Prinsip
kedua rukun negara ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Prinsip ini
merupakan perkara penting sebagai seorang rakyat Malaysia untuk difahami oleh
murid-murid. Guru perlu menekankan kepentingan setia kepada raja dan negara.
Penghayatan terhadap prinsip kedua rukun negara mampu membentuk masyarakat
Malaysia dan bersatu padu kerana Raja adalah Payung Negara yang menaungi rakyat
diseluruh negara itu. Guru perlu menekankan bahawa institusi raja tidak boleh
diperlekeh, dicemari dan dipolitikkan .
Guru
sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan kepentingan mengenai menghormati
institusi diraja. Sejarah penubuhan sesebuah negeri, sejarah kesultanan melayu,
raja berperlembagaan antara inti pati ilmu yang boleh disampaikan oleh seorang
guru pendidikan moral untuk menimbulkan perasaan kasih sayang dan taat
setia murid-murid kepada pemimpin dan negara.
Guru juga perlu menyatakan kesan
terhadap negara jika murid-murid tidak menunjukkan taat setia kepada pemimpin,
raja dan negara. Banyak masalah mungkin akan dihadapi seperti berlakunya
rusuhan jika tiada perasaan taat setia kepada negara. Perasaan sayang dan
cintakan negara mungkin juga lebih berkesan sekiranya lawatan ke tempat-tempat
yang meninggalkan sejarah turut
dilawati.
Dalam
aspek Keluhuran Perlembagaan pula menjadi asas untuk menjamin keadilan,
kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri. Setiap rakyat mempunya
kedudukan yang sama dari segi undang-undang. Perlembagaan memberi jaminan
terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan social untuk semua kaum di
Malaysia. Guru pendidikan moral perlu
menegaskan tentang kepentingan
kesepaduan antara kaum yang menjadi perkara asas dalam membina
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Guru perlu menggalakkan murid
menggunakan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian.
Prinsip
keempat rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang membawa maksud setiap
rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang negara, tanpa sebarang
diskriminasi kaun, gender, agama mahupun kedudukan . dalam mendidik murid-murid agar mematuhi
peraturan dalam kehidupan seharian, guru pendidikan moral boleh mendidik
murid-murid untuk mematuhi undang-undang dan peraturan sekjolah seperti hadir ke sekolah tepat pada masanya, menjaga
kebersihan sekolah dan lain-lain peraturan sekolah. Hal ini bvoleh menjadikan
murid lebih berdisiplin dan mampu menjaga disiplin dan peraturan dalam hidup
mereka.
Prinsip
kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan pula menjadikan guru berperanan untuk
menjaga keterampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, kerana guru adalah
idola murid-murid dan masyarakat setempat. Guru juga berperanan menjaga adap
dan sopan pada tahap yanmg cemerlang.
Guru bukan sahaja perlu mengajar nilai –nilai murni tetapi juga berusaha
untuk mengamalkan nilai-nilai murni tertsebut.
PERANAN
GURU DALAM MENJAYAKAN WAWASAN 2020
Wawasan 2020
merupakan perancangan strategik jangka panjang yang berkaitan dengan halatuju
pembangunan negara Malaysia menjelang dekad akan datang. Dalam tempoh masa ini
kelak, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berdasarkan “acuan sendiri”
(Malaysia, 2001). Dasar pembangunan mapan memerlukan negara merangka pelan
tindakan bagi mencapai matlamat menjadi negara maju. Pembangunan negara yang
bergantung kepada pengetahuan teknologi, pengurusan dan sebagainya adalah
kekunci kejayaan negara daam meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan pengagihan
kekayaan dapat dilakukan dengan lebih adil dan saksama.
Perpaduan
merupakan asas kekuatan sesebuah negara yang sangat penting. Melalui
dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Pembanguanan Nasional, Dasar Bahasa
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
memberi sumbangan yang sangat besar kepada perpaduan di negara ini. Pelbagai
lapisan masyarakat telah melibatkan diri dalam banyak dasar ini bagi mencorak
dan membentuk indentiti negara Malaysia yang bersatu padu.
Bagi
melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan
diri yang tinggi sewajarnya rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian serta
tabah menghadapi cabaran. Bangsa yang gagah dan tabah adalah bangsa yang ingin
berjaya dan sanggup berjuang mempertahankan maruah negara. Setiap warganegara
harus menyedari peranan masing-masing selari dengan usaha memajukan negara ke
persada dunia supaya Malaysia sentiasa dikenali di seluruh dunia.
Masyarakat
Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Menurut Ramlah Adam (2003) masyarakat
yang demokratik memiliki kebebasan untuk memlih kerajaan. Rakyat yang
berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya.
Segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu
disalurkan melalui saluran-saluran yang tertentu dalam keadaan yang mesra dan
bersifat membina.
Dalam membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya, dan utuh nilai keagamaannya
perlu diseimbangkan. Sejajar dengan menjadi Malaysia negara maju, rakyat harus
kita mempunyai budi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral, etika, keagamaan dan
kerohanian yang utuh sepanjang masa. Keadaan ini membolehkan rakyat Malaysia
bersaing di peringkat global sebagai bangsa yang bertamadun dan berdaulat.
Setiap warganegara tidak harus menafikan nilai-nilai moral dalam hidup bagi
bersaing secara kompetetif di peringkat global. Keteguhan nilai-nilai yang
positif wajar disemai di dalam jiwa masyarakat tanpa mengira latar
belakang, budaya dan agama supaya dapat kita memberi komitmen sebagai bangsa
Malaysia yang semerlang.
Dalam konteks
masyarakat majmuk, proses mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat
toleran adalah Cabaran kelima dalam Wawasan 2020 yang memberi fokus aspek
perpaduan wajar dipupuk dalam segenap lapisan rakyat Malaysia. Perpaduan akan
memberi banyak kebaikan dalam perhubungan antara kaum di negara ini. Sikap
tolak ansur yang ada pada rakyat Malaysia dapat melahirkan dan mengekalkan
perpaduan kaum dalam jangka masa panjang dan menjadi landasn kepada kerjasama
seterusnya. Peristiwa sejarah hitam negara, yakni 13 Mei, 1969 menjadi tanda
penting akan kerapuhan perpaduan rakyat sehingga menyebabkan bencan. Keadaan
sangat merugikan negara Malaysia dan masyarakat secara keseluruhannya, terutama
golongan yang tidak berdosa.
Cabaran keenam
ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta mempunyai
wawasan hidup dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina
bangsa Malaysia yang cemerlang. Masyarakat yang moden dan peka dengan
perkembangan teknologi dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun
secara saintifik dan berteknologi tinggi. Dalam era teknologi maklumat dan
komuniasi (ICT) masa kini, kemajuan dan kecemerlangan diikmati adalah hasil
daripada usaha dan kesungguhan setiap rakyat Malaysia yang tidak pernah putus
asa. Banyak kejayaan yang dikecapi selama ini dapat menjadi pemangkin dan
ikhtibar kepada kita untuk terus berjaya dan sentiasa berdaya saing di
peringkat global.
Proses
melahirkan masyarakat penyayang di Malaysia merupakan satu tanggungjawab bagi
memodenkan tanggapan dan pemikiran pelbagai peringkat masyarakat di Malaysia.
Masyarakat yang mengamalkan budaya penyayang tidak individualistik tetapi
berusaha mengukuhkan perhubungan sosial dalam kalangan mereka agar nilai-nilai
kasih sayang dapat dipupuk dan diamalkan dalam perhubungan. Kasih sayang dalam
kekeluargaan adalah bermula daripada kasih sayang dalam keluarga itu sendiri.
Hubungan yang mesra dan akrab dapat membentuk jiwa anak-anak yang sayang akan
ibu bapa mereka. Justeru, penekanan kepada nilai-nilai berbudi dan penyayang
ini wajar ditanam dalam setiap benak generasi baru kini supaya sayang dan tidak
memingirkan akan orang tua mereka.
Dalam konteks
ekonomi, cabaran kelapan Wawasan 2020 memberi fokus terhadap jaminan
pembentukan sebauah masyarakat yang adil dari segi ekonominya.
Dasar-dasar yang berkaitan dengan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru,
Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya memberi nafas baru dalam
pengagihan ekonomi secara adil dan saksama. Kelompok rakyat yang miskin dan
hidup melarat tidak wajar diketepikan kewujudan mereka dalam sebuah negara maju
seperti Malaysia. Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dalam kalangan
rakyat perlu diteruskan dengan lebih berkesan agar setiap rakyat dapat
menikmati buah kemerdekaan tanpa perasaan pilih kasih.
Di samping itu,
masyarakat yang makmur dapat dicirikan dengan kemewahan hidup yang baik dan
mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat
kita yang melarat dalam kehidupan mereka. Masyarakat ini ialah masyarakat yang
mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta mampu menghadapai segala masalah dan
cabaran dengan baik. Nur Munirah (2002) menyatakan masyarakat yang berdaya
tahan dan saing adalah bangsa Malaysia dapat menjamin keseinambungan tamadun
bangsa dan negara pada masa hadapan. Pendapatan isi rumah yang meningkat dan
berada pada tahap yang tinggi akan melahirkan kemewahan dalam kalangan
masyarakat Malaysia agar mampu bedaya saing dan tabah dengan segala cabaran.
Sesungguhnya, Wawasan
2020 hanya akan menjadi kenyataan sekiranya setiap lapisan masyarakat Malaysia
sentiasa berganding bahu dan sanggup memikul tanggungjawab yang berat ini bagi
meneruskan kesinambungan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara moden dan maju
pada masa akan datang.
PERANAN
GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM KOD ETIKA PERGURUAN
Peranan guru dalam kod etika perguruan mampu
memartabatkan profesion perguruan itu sendiri.
Kod etika amat penting diamalkan oleh guru kerana factor-faktor berikut;
1.
kod
etika memberi garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan.
Ianya sebagai panduan dan sesuai untuk rujukan dan diamalkan oleh guru.
2.
Kod
Etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham
dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3.
Kod
Etika dalam bentuk dokumen, justeru usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh kod
etikanya boleh dipertahan dan dikuatkuasakan.
4.
Menerusi
kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej perguruan secara hitam putih dan
rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru
yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan.
5.
Kod
etika merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan
etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberikan dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan hubungan
antara ahli dalam organisasi.
Etika yang ditunjukkan
oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit
sebanyak menjadi role – modal kepada pelajar. Senario ini akan mempengaruhi
etika pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan
terikat dengan garis panduan Etika perguruan
secara tidak langsung membantu murid memperkembangkan potensi kearah
satu pembentukan individu yang inginkan kejayaan dan lebih cenderung melakukan
perkara-perkara positif .
Keberkesanan Etika
perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan
profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang
digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap
penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu
pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak
mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Seorang guru haruslah
menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk mematuhi
masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan
kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap
pelajar-pelajarnya.
Seorang guru pendidikan
moral juga perlu menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan penjaga murid.
Guru perlu menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan
berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga. Guru
perlu menganggap semua maklumatyang diberikan oleh ibu bapa berhubung keadaan
rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkan kepada sesiapa.
Seorang guru yang baik
juga perlu memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti
dan bijaksana. Guru juga perlu
mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan social
dan ekonomi ibu bapa pelajar. Elakkan juga daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa dan penjaga mereka.
Sebagai rumusan
dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan peranan amat penting
dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah
melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk
menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu
daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara
keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima
agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan
sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.
Di atas
kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam
semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang
kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan
tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta
pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian
konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam
menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka,
khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Langgan:
Ulasan (Atom)




