Rabu, 2 September 2015

PERCUTIAN ADIK BERADIK DI PORT DICKSON

Amboi jelingan Aisyah

Ecah dan Jela

dah besar anak-anak kami.


haa, nie dia...2 beradik dan 3 sepupu...cer  pikior


PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

Pengenalan
            Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role model) kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.
            Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.
            Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003)  di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPK)
            FPK antara lain menyatakan, “ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan kearah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang  dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”. Maka adalah penting bagi guru untuk meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung didalamnya.
            Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.‟ Sebenarnya,teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar olehseseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.
            Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan yang penting sebagai penggilap potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang guru,bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu yang dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.
            Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang telah diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK.
            Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya.Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi daya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.
Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang lain.
Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen sosialisasi disini bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmupengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri danmasyarakat. Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan danperkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
PERANAN GURU DALAM RUKUN NEGERA
            Dalam usaha merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, guru pendidikan moral sememangnya memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru  lain yang hanya menggabungjalin nilai-nilai  murni ke dalam matapelajaran teras.
            Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah kepercayaan kepada tuhan. Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru pendidikan moral kepada murid-muridnya. Masyarakat amat mengharapkan pihak sekolah dan guru-guru dapat meningkatkan  kepercayaan anak-anak mereka kepada tuhan dan agama. Dalam era zaman sekarang,terdapat  ibu bapa terlalu sebok mementingkan kebendaan, keseronokan dan hiburan. Pengisian rohani tidak diambil peduli, justeru itu guru pendidikan moral perlu berusaha untuk mendidik masyarakat percaya kepada tuhan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan intelek. Kekuatan jiwa murid-murid dapat ditingkatkan dengan menanamkan keyakinan terhadap kepercayaan kepada tuhan.

            Prinsip kedua rukun negara ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Prinsip ini merupakan perkara penting sebagai seorang rakyat Malaysia untuk difahami oleh murid-murid. Guru perlu menekankan kepentingan setia kepada raja dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua rukun negara mampu membentuk masyarakat Malaysia dan bersatu padu kerana Raja adalah Payung Negara yang menaungi rakyat diseluruh negara itu. Guru perlu menekankan bahawa institusi raja tidak boleh diperlekeh, dicemari dan dipolitikkan .
            Guru sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan kepentingan mengenai menghormati institusi diraja. Sejarah penubuhan sesebuah negeri, sejarah kesultanan melayu, raja berperlembagaan antara inti pati ilmu yang boleh disampaikan oleh seorang guru pendidikan moral  untuk  menimbulkan perasaan kasih sayang dan taat setia murid-murid kepada pemimpin dan negara.  Guru juga  perlu menyatakan kesan terhadap negara jika murid-murid tidak menunjukkan taat setia kepada pemimpin, raja dan negara. Banyak masalah mungkin akan dihadapi seperti berlakunya rusuhan jika tiada perasaan taat setia kepada negara. Perasaan sayang dan cintakan negara mungkin juga lebih berkesan sekiranya lawatan ke tempat-tempat yang meninggalkan sejarah  turut dilawati.
            Dalam aspek Keluhuran Perlembagaan pula menjadi asas untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.  Setiap rakyat mempunya kedudukan yang sama dari segi undang-undang. Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan social untuk semua kaum di Malaysia.  Guru pendidikan moral perlu menegaskan tentang kepentingan  kesepaduan antara kaum yang menjadi perkara asas dalam membina masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian.
            Prinsip keempat rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang membawa maksud setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang negara, tanpa sebarang diskriminasi kaun, gender, agama mahupun kedudukan .  dalam mendidik murid-murid agar mematuhi peraturan dalam kehidupan seharian, guru pendidikan moral boleh mendidik murid-murid untuk mematuhi undang-undang dan peraturan sekjolah seperti  hadir ke sekolah tepat pada masanya, menjaga kebersihan sekolah dan lain-lain peraturan sekolah. Hal ini bvoleh menjadikan murid lebih berdisiplin dan mampu menjaga disiplin dan peraturan dalam hidup mereka.
            Prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan pula menjadikan guru berperanan untuk menjaga keterampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, kerana guru adalah idola murid-murid dan masyarakat setempat. Guru juga berperanan menjaga adap dan sopan pada tahap yanmg cemerlang.  Guru bukan sahaja perlu mengajar nilai –nilai murni tetapi juga berusaha untuk mengamalkan nilai-nilai murni tertsebut.

PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN WAWASAN 2020
Wawasan 2020 merupakan perancangan strategik jangka panjang yang berkaitan dengan halatuju pembangunan negara Malaysia menjelang dekad akan datang. Dalam tempoh masa ini kelak, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berdasarkan “acuan sendiri” (Malaysia, 2001). Dasar pembangunan mapan memerlukan negara merangka pelan tindakan bagi mencapai matlamat menjadi negara maju. Pembangunan negara yang bergantung kepada pengetahuan teknologi, pengurusan dan sebagainya adalah kekunci kejayaan negara daam meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan pengagihan kekayaan dapat dilakukan dengan lebih adil dan saksama.
  Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara yang sangat penting.  Melalui dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Pembanguanan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada perpaduan di negara ini. Pelbagai lapisan masyarakat telah melibatkan diri dalam banyak dasar ini bagi mencorak dan membentuk indentiti negara Malaysia yang bersatu padu.
 Bagi melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sewajarnya rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian serta tabah menghadapi cabaran. Bangsa yang gagah dan tabah adalah bangsa yang ingin berjaya dan sanggup berjuang mempertahankan maruah negara. Setiap warganegara harus menyedari peranan masing-masing selari dengan usaha memajukan negara ke persada dunia supaya Malaysia sentiasa dikenali di seluruh dunia.
 Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Menurut Ramlah Adam (2003) masyarakat yang demokratik memiliki kebebasan untuk memlih kerajaan. Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan melalui saluran-saluran yang tertentu dalam keadaan yang mesra dan bersifat membina.
Dalam membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya, dan utuh nilai keagamaannya perlu diseimbangkan. Sejajar dengan menjadi Malaysia negara maju, rakyat harus kita mempunyai budi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral, etika, keagamaan dan kerohanian yang utuh sepanjang masa. Keadaan ini membolehkan rakyat Malaysia bersaing di peringkat global sebagai bangsa yang bertamadun dan berdaulat. Setiap warganegara tidak harus menafikan nilai-nilai moral dalam hidup bagi bersaing secara kompetetif di peringkat global. Keteguhan nilai-nilai yang positif wajar disemai di dalam jiwa masyarakat  tanpa mengira latar belakang, budaya dan agama supaya dapat kita memberi komitmen sebagai bangsa Malaysia yang semerlang.
Dalam konteks masyarakat majmuk, proses mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran adalah Cabaran kelima dalam Wawasan 2020 yang memberi fokus aspek perpaduan wajar dipupuk dalam segenap lapisan rakyat Malaysia. Perpaduan akan memberi banyak kebaikan dalam perhubungan antara kaum di negara ini. Sikap tolak ansur yang ada pada rakyat Malaysia dapat melahirkan dan mengekalkan perpaduan kaum dalam jangka masa panjang dan menjadi landasn kepada kerjasama seterusnya. Peristiwa sejarah hitam negara, yakni 13 Mei, 1969 menjadi tanda penting akan kerapuhan perpaduan rakyat sehingga menyebabkan bencan. Keadaan sangat merugikan negara Malaysia dan masyarakat secara keseluruhannya, terutama golongan yang tidak berdosa.
Cabaran keenam ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta mempunyai wawasan hidup dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina bangsa Malaysia yang cemerlang. Masyarakat yang moden dan peka dengan perkembangan teknologi dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun secara saintifik dan berteknologi tinggi. Dalam era teknologi maklumat dan komuniasi (ICT) masa kini, kemajuan dan kecemerlangan diikmati adalah hasil daripada usaha dan kesungguhan setiap rakyat Malaysia yang tidak pernah putus asa. Banyak kejayaan yang dikecapi selama ini dapat menjadi pemangkin dan ikhtibar kepada kita untuk terus berjaya dan sentiasa berdaya saing di peringkat global.
 Proses melahirkan masyarakat penyayang di Malaysia merupakan satu tanggungjawab bagi memodenkan tanggapan dan pemikiran pelbagai peringkat masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang mengamalkan budaya penyayang tidak individualistik tetapi berusaha mengukuhkan perhubungan sosial dalam kalangan mereka agar nilai-nilai kasih sayang dapat dipupuk dan diamalkan dalam perhubungan. Kasih sayang dalam kekeluargaan adalah bermula daripada kasih sayang dalam keluarga itu sendiri. Hubungan yang mesra dan akrab dapat membentuk jiwa anak-anak yang sayang akan ibu bapa mereka. Justeru, penekanan kepada nilai-nilai berbudi dan penyayang ini wajar ditanam dalam setiap benak generasi baru kini supaya sayang dan tidak memingirkan  akan orang tua mereka.
Dalam konteks ekonomi, cabaran kelapan Wawasan 2020 memberi fokus terhadap jaminan pembentukan sebauah masyarakat yang adil dari segi ekonominya. Dasar-dasar  yang berkaitan dengan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya  memberi nafas baru dalam pengagihan ekonomi secara adil dan saksama. Kelompok rakyat yang miskin dan hidup melarat tidak wajar diketepikan kewujudan mereka dalam sebuah negara maju seperti Malaysia. Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat perlu diteruskan dengan lebih berkesan agar setiap rakyat dapat menikmati buah kemerdekaan tanpa perasaan pilih kasih.
Di samping itu, masyarakat yang makmur dapat dicirikan dengan kemewahan hidup yang baik dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat kita yang melarat dalam kehidupan mereka. Masyarakat ini ialah masyarakat yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta mampu menghadapai segala masalah dan cabaran dengan baik. Nur Munirah (2002) menyatakan masyarakat yang berdaya tahan dan saing adalah bangsa Malaysia dapat menjamin keseinambungan tamadun bangsa dan negara pada masa hadapan. Pendapatan isi rumah yang meningkat dan berada pada tahap yang tinggi  akan melahirkan kemewahan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar mampu bedaya saing dan tabah dengan segala cabaran.
Sesungguhnya, Wawasan 2020 hanya akan menjadi kenyataan sekiranya setiap lapisan masyarakat Malaysia sentiasa berganding bahu dan sanggup memikul tanggungjawab yang berat ini bagi meneruskan kesinambungan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara moden dan maju pada masa akan datang.

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM KOD ETIKA PERGURUAN
            Peranan guru dalam kod etika perguruan mampu memartabatkan profesion perguruan itu sendiri.  Kod etika amat penting diamalkan oleh guru kerana factor-faktor berikut;
1.     kod etika memberi garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai panduan dan sesuai untuk rujukan dan diamalkan oleh guru.
2.     Kod Etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3.     Kod Etika dalam bentuk dokumen, justeru usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh kod etikanya boleh dipertahan dan dikuatkuasakan.
4.     Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan.
5.     Kod etika merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan hubungan antara ahli dalam organisasi.
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi role – modal kepada pelajar. Senario ini akan mempengaruhi etika pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika.  Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika perguruan  secara tidak langsung membantu murid memperkembangkan potensi kearah satu pembentukan individu yang inginkan kejayaan dan lebih cenderung melakukan perkara-perkara positif .
Keberkesanan Etika perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar.  Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya.
Seorang guru pendidikan moral juga perlu menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan penjaga murid. Guru perlu menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.             Guru perlu menganggap semua maklumatyang diberikan oleh ibu bapa berhubung keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa.
Seorang guru yang baik juga perlu memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.  Guru juga perlu mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan social dan ekonomi ibu bapa pelajar. Elakkan juga daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan  pelajar terhadap ibu bapa  dan penjaga mereka.
           

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.

Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

            

Isnin, 31 Ogos 2015

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN
Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin  sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.
Teknologi Pengajaran pula mempunyai pelbagai maksud. Ianya merupakan pendapat pakar-pakar pendidikan. Ini kerana teknologi pengajaran merangkumi aspek yang sangat luas. Ia bukan sahaja penggunaan sumber, bahasa atau alat, bahkan semua sumber yang merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Syarifah Alwiyah Alsagof,(1984), Suruhanjaya Teknologi Pengajaran yang ditubuhkan di Amerika berpendapat Teknologi Pengajaran sebagai sesuatu yang lebih luas dari media ataupun alat. Ia adalah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif tertentu berdasarkan penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran berkesan.
Manakala menurut Tikton, S.G.To Improve learning, ( 1970 ), beliau berpendapat Teknologi Pengajaran adalah alat atau bahan media yang lahir akibat revolusi komunikasi yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru , buku teks dan papan hitam. Daripada definisi-definisi yang diketengahkan didapati tujuannya menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran berkesan, dan sudah pasti teknologi.




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

MATA PELAJARAN               :   PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN                                   :   5 Amin
BIDANG                                  :   Menggambar
AKTIVITI                                 :   Menghasilkan gambar melalui teknik  Papier Mache                                                            dengan menggunakan bahan yang sesuai
TAJUK                                                :   Buah-buahan
MASA                                     :   60 Minit                                                             
OBJEKTIF PENGAJARAN   :  Guru dapat mendedahkan teknik papier mache untuk 
                                                   menghasilkan gambar buah-buahan tempatan                                                   
HASIL PEMBELAJARAN      :   Pada akhir pelajaran murid dapat:
·         Meneroka bahan  yang sesuai digunakan untuk membuat papier mache
Menceritakan proses untuk membuat gambar melalui teknik Papier Mache
·         Menghasilkan gambar buah-buahan dengan menggunakan teknik papier Mache

PENERAPAN NILAI MURNI :   Bekerjasama, menghargai alam ciptaan Ilahi,
                                                    kepentingan kitar semula   
KEMAHIRAN BERFIKIR        :   Membanding beza, mengkategori, berfikiran kritis
KEPERLUAN                         :   Alat  -   Pensil, warna air/warna poster, berus warna
                                                    Bahan  : Gam, polisterin, kertas tisu/ kertas hancur,                                                               
Rujukan                                   :  HSP,Buku sumber Guru, Pendidikan Seni            
                                                    Visual KBSR, contoh-contoh
PROSEDUR                           :     1.  Guru menentukan aras pembelajaran dan
                                                           pengajaran.
2.    Guru merancang pengajaran dengan menerapkan strategi KBKK, Teori Kecerdasan pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri dan Pembelajaran Kontekstual.
3.    Memulakan pelajaran dengan menjalankan set induksi.
4.    Menunjukkan contoh-contoh berbagai jenis gambar buah-buahan.
5.    Menunjuk ajar cara menghasilkan gambar melalui teknik papier Mache
6.    Menghasilkan tugasan membuat gambar buah-buahan menggunakan teknik papier Mache.
7.    Pelajaran diakhiri dengan sesi apresiasi dan refleksi.
8.    Penutup sosial.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Strategi pembelajaran
Set Induksi
(5 minit)
Kaedah/ teknik menggambar.
Mengadakan perbincangan berdasarkan slide yang ditayangkan.

Contoh soalan;
1.    Bagaimanakah proses yang perlu dilakukan untuk menggambar bagi teknik ini?
2.    Apakah bahan dan peralatan yang diperlukan.

i.
Guru menunjukkan  
 5 slide kaedah menggambar
ii.
Guru dan murid berbincang kaedah yang dilakukan untuk menghasilkan gambar yang ditayangkan
iii.
Bersoal jawab dengan murid bahan dan alat yang digunakan
iv.
Menyaitkan perbincangan dengan pelajaran hari ini.


Pembelajaran Kontekstual


Kemahiran Berfikir
– Menjana idea

BBM;
LCD projektor,
Komputer. Slide kaedah menggambar


Langkah 1
(5 minit)

Aktiviti 1
Pengenalan teknik papier mache


















Aktiviti 2
Memperkenalkan alat dan bahan yang di perlukan

Bahan;
gam, tisu, kertas yang dihancurkan, polisterin


Alat
Pensil, warna air /warna poster

i.
Guru memperkenalkan teknik papier mache sebagai tajuk pelajaran bagi aktiviti menggambar.
ii.
Guru  menayangkan slide  beberapa contoh hasil karya menggunakan teknik papier mache.
iii.
Guru menerangkan cara penghasilan gambar melalui teknik Papier Mache
iv.
Curu menunjukkan contoh hasil karya yang telah siap.

Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan.




Kemahiran intrapersonal


BBM;
LCD projektor,
Komputer. Slide hasil karya papier mache, contoh hasil karya yang siap, alat dan bahan yang digunakan
Langkah 2
(15 minit)

Menerangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menggambar menggunakan teknik papier mache

Langkah-langkah;
1.    Melukis gambar buah.
2.    Menggunting gambar yang dilukis
3.    Tampal gambar di atas polisterin

 

i.
Murid melakar gambar buah-buahan.
Ii
Murid menggunting dan menampal gambar yang dilukis di atas polisterin.
iii.
 Guru membimbing murid yang belum mencapai tahap.


Teori Kecerdasan Pelbagai.
Belajar cara Belajar.
Langkah 3
(25 minit )

Tunjuk cara dan memberi kefahaman kepada murid cara membuat gambar dengan teknik papier mache
1.    Potong polisterin mengikut gambar buah yang dilukis
2.    Lekatkan diatas polisterin yang lain
3.    Tampalkan dengan tisu basah dan di gam selapis demi selapis


i.

Guru membimbing murid memotong polisterin
Ii.
Murid melekatkan polisterin yang dipotong di atas polisterin yang lain.
iii.
Murid melekatkan tisu basah selapis demi selapis di atas bentuk buah yang dilukis.
iv.
hasil yang siap dijemur hingga kering.
v.
Guru menunjukkan cara mewarna hasil kerja yang telah kering.


Pembelajaran Akses Kendiri 
- bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan

Penilaian
(5 minit)















Penutup
(5 minit)

Sesi Apresiasi dan Refleksi












 





Penutup

- Kognitif -Sosial
pantun teka teki
Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terkira.
Kampung seberang dipukul ribut,
Jadi sebutan zaman berzaman
Rasa gerun bila disebut,
Tetapi lembut bila ditelan
.
Guru memilih beberapa hasilan murid untuk sesi perbincangan
-       baik, sederhana dan kurang mencapai tahap
Guru mempamerkan hasil karya murid.
Guru merumus ketiga-tiga kategori hasil kerja murid.
Guru menunjukkan hasil jalinan yang diperolehi dari pelbagai teknik.
Guru menyatakan fungsi aktiviti yang dijalankan.

Murid menjawab teka teki yang diajukan oleh guru berkaitan buah buahan.
Teori Kecerdasan Pelbagai
- Kecerdasan Verbal linguistik
- Kecerdasan Interpersonal dan Intra personal


  LAMPIRAN 1
(SET INDUKSI)
PELBAGAI KAEDAH MENGGAMBAR DALAM PENDIDIKAN SENI


https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS7D3_Eb6nymVL-sSN5-cFJzm4GzgMIX9IRujmWU2RN-2_ZePj2rw          https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRDoimOX6pPEG4KikqRYJZ0REZyEWqhuHtS7TggMt2S13M2FuT5

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAKFWZNCdbR9s1TGI3UiSkGkpQFTh-SticVojS4WO32DMvgRVx0FwypnRBjkwzmDQefNluxfNSx3BOmhrIfwWTQ8gxIG2oM4ff-82sVuM51KvdGqN7w_RlOeYV5EcZEOmgSEqMhz3WSPA/s320/2238506302_0e90ace191.jpg           https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT-6UdLMgb28mdQTIPp6nwEVkqVs-EO6Gv8ffsxAni7WFbCdet0bw




LAMPIRAN 2
Text Box: HASIL SENI PAPIER MACHE
 



http://belladia.typepad.com/photos/uncategorized/2008/03/19/mollychickenpapermachebowl_2.jpg                   https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTz73kB64BdcFVfDZyob4rzq9rhgz5OUFqAj1zJYGUUOFToGaRN

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT3poQ2r2mn1h2O-TpmveI7opZXb8b_4CNqJ0cAVnmPESsVVcuI                    https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSVCCVUC2SxL1zEJ2D49l7nY7gwy2oCr0TVfLsMoSN3a_hhB4Rb

http://www.aboutmyplanet.com/wp-content/uploads/2011/11/fastnet-rock-sailing-papier-mache-sculpture.thumbnail.jpg                      https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT9IYOZbC6Nb7dixw3BpB5IbUNb8dYFnNVQdi5TdbSfB1sEczg0
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSewTFPGpBa_gTG7hW3TCL9Lvo29vLPPhPNUmCon4O-X1KyBDF4          

LANGKAH- MENGHASILKAN GAMBAR BUAH BETIK
 MELALUI TEKNIK PAPIER MACHE
1.    Lukis gambar buah betik di atas polisterin
2.    Potong gambar yang dilukis
3.    Tampalkan dengan menggunakan gam potongan gambar betik di atas p0listerin yang lain.




4.    Sapukan gam pada keseluruhan buah betik

5.    Lapiskan dengan kertas tisu

6.    Percikkan kertas tisu yang telah diletakkan pada buah dengan air.






7.    Ulangi proses sehingga diatas sehingga terbentuk buah betik yang diingini. Gunakan berus warna untuk cantikkan lagi bentuknya.





8.    Setelah siap, jemur sehingga kering

9.    Setelah kering, warnakan buah betik menggunakan warna poster.

  
PROSES MEWARNA                                    HASIL KARYA YANG SIAP DIWARNA.



MODEL ASSURE
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,

  • A - Analyse learner (Analisis pelajar)
  • S - State objective (nyatakan objektif)
  • S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)
  • U - Use media (gunakan media)
  • R - Require learner response (keperluan tindakan)
  • E - Evaluate materials (menilai)
     
Analyse learner (analisis pelajar)
Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
 
State objective (nyatakan objektif)
Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.
 
Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.
 
Use media (gunakan media)
Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan yang dilaksanakan oleh guru-guru bagi tujuan pengayaan.
 
Require learner response (keperluan tindakbalas)
Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.
 
Evaluate materials (menilai)
Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.
  • Adakah objektif tercapai?
  • Bahan yang digunakan membantu P&P?
  • Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
  • Adakah suasana P&P selesa?
  • Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
  • Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?










MEDIA PENGAJARAN
Istilah media pengajaran muncul seiring dengan perkembangan audio visual. Media pengajaran adalah salah satu komponen dalam domain teknologi pengajaran. Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima (contoh: video, multimedia, gambar foto). Peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan atau menghasilkan pembelajaran.
Media pengajaran juga diertikan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Selain itu, media pengajaran merupakan satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.
Berdasarkan rancangan pengajaran saya dalam subjek Pendidikan Seni Visual Tahun 5, saya telah menggunakan tiga media pengajaran bagi memastikan pengajaran saya tidak bosan dan dapat menarik perhatian murid-murid. Media-media pengajaran tersebut ialah :
  • Power point contoh menggambar.
  • Gambar-gambar contoh hasil Papier mache.
  • Hasil karya 3D yang telah siap.






Video (Papan Cerita)
Penyampai
Visual
Narrator/Audio
Muzik/Bunyi


Montaj dimulakan dengan pengenalan pendidikan seni visual. Tajuk papier mache


Muzik ,dimainkan
-

  • Langkah 1
  • Melakar bentuk

Muzik  dimainkan

  • Langkah 2
  • Memotong bentuk

 Muzik  dimainkan


  • Langkah 3
  • Melekatkan bentuk pada polisterin

Muzik  dimainkan

Langkah 4
Menampal kertas tisu selapis demi selapis

Muzik  dimainkan

Langkah 5
Melekatkan gam pada lapisan tisu

Muzik  dimainkan

Langkah 6
Menggunakan berus warna untuk mencantikkan bentuk buah

Muzik  dimainkan Muzik  dimainkan

  • Langkah 7
  • Spray tisu dengan air

Muzik  dimainkan

Langkah 8
Teruskan proses hingga membentuk buah

Muzik  dimainkan

Langkah 9
Mewarna hasil karya

Muzik  dimainkan

Langkah 10
Meneruskan aktiviti mewarna

Muzik  dimainkan

Aktiviti p&P
Set induksi

Muzik  dimainkan


Tunjuk cara proses memotong bentuk

Muzik  dimainkan

Melakar bentuk

Muzik  dimainkan

Murid melekatkan gam pada polisterin

Muzik  dimainkan

Video
Set induksi

Suara guru

Video
Pengenalan menggambar

Suara guru

Video
Pengenalan alat dan bahan

Suara guru

Video
Tunjuk cara memotong bentuk



Video
hasil karya yang siap

Suara guru

Montaj
penghargaan













REFLEKSI
Pertama dan selama-lamanya seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran saya iaitu, En Mohammad Jan serta rakan-rakan saya kerana banyak memberi panduan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Terdapat pelbagai masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini. Pertamanya, masalah untuk mendapatkan idea dalam menghasilkan video yang sesuai dengan rancangan pengajaran saya. Di samping itu, saya menghadapi masalah dalam membuat rancangan pengajaran harian model ASSURE. Ini kerana, model ini merupakan perkara baru bagi saya.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah dengan cara untuk menggunakan perisian “Avid Liquid”. Ini adalah kerana perisian ini agak canggih dan memerlukan kemahiran yang agak tinggi untuk menggunakannya. Oleh itu, saya telah menumpukan perhatian kepada pengajaran pensyarah saya dan juga saya telah bertanya kepada rakan-rakan saya yang telah mahir dalam menggunakan perisian tersebut. Bak kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan.
Selain daripada masalah, terdapat juga kebaikan dari kerja kursus ini. Pertamanya, saya dapat mengetahui cara menyediakan video yang sesuai dengan pengajaran di dalam kelas yang berguna sebagai salah satu cara menarik minat murid untuk belajar.
Tambahan pula, kerja kursus ini memerlukan saya untuk mengkaji dan dan mencari maklumat tentang subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Ini akan menambahkan lagi kefahaman saya tentang tajuk berkenaan yang amat berguna untuk peperiksaan nanti.
Akhir sekali, saya berharap pensyarah saya, En Mohammad Jan berpuas hati dengan kerja kursus saya ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan kepada insan yang lemah ini.
Sekian, terima kasih.


RUJUKAN
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999.
Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997.